Jarum-jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Aku masih lagi di pejabat pada waktu ini.
Banyak kerja?Yer, memang banyak kerja aku yang tergantung tak bertali buat masa ni. Aku pun dah konfius nak buat yang mana dulu. Makin banyak kerja yang pending, makin konfius, makin malas. Makin malas, makin banyak kerja pending. So, dia duk pusing-pusing kat situlah. Makin lama makin banyak. Hohohoho. Actually part konfius tu macam boleh buang, malas je yang sebenarnye. Haha.
Ya.
Sedang buat kerja?
Mestilah tidak. Kan tengah update blog ni. Muahahahaha.
Aku baru je lepas kemas ofis sebenarnye. Eh, kemas ofis? Iyer. Basuh pinggan mangkuk, lap meja, buang sampah. Jadi surirumah (atau mungkin lebih tepat lagi, suripejabat) kejap hari ni. Kenapa yer? Kerana hari ini adalah hari potluck kat ofis aku. Memandangkan aku tak bawak apa-apa makanan, maka aku buatlah sumbangan dalam bentuk buruh kasar. Oh! Mulia kan hati aku? Muahahaha. Sebenarnye saje je tulis pasal ni supaya kalau member-member ofis (e.g. Kak Fad & Nurul) bace, diorang terharu. Ahaks. Tapi lepas bace ayat pengakuan tersebut mesti dah tak terharu. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Kak Fad yang penuh tanda seru, "chehhhh!!!"
Potluck. Aku dah takde idea nak bawak makanan ape. Nak bawak megi goreng, malu sudah. Haha. Nak bawak nasik goreng, nasik goreng aku tak best. Dulu-dulu mase belajar, boleh laa celen member-member, setakat pakai perencah Adabi je. Tapi itu sama-sama students. Sekarang nak celen golongan ibu-ibu mithali yang sehari-harian bertungkus-lumus di dapur, tak dapek la... Nasik goreng aku dah laa kompem takde sayur, takde bawang. Haruslah tak mendapat sambutan menggalakkan. Setakat bergantung kepada daya tarikan sosej dan crabstick. Haha. Sayunye.
Oh! Tadi mase makan juga, aku macam biaselah, terpakse berhempas-pulas mengasingkan bahan-bahan yang tidak kuundang (tapi telah diundang oleh tukang masak), iaitu sayur-sayuran dan bawang-bawangan. Ramai laa pulak duk perhati. Malu I. Ahakz. Tapi aku makan fokus je, tak kire orang keliling dah. Haha. Tetibe ade lak member buat statement, "ahh, susah nak masak untuk die ni. Itu takleh makan, ini takleh makan. Patut biar je die bujang." Muahahaha. Well, actually it's quite the opposite kot? Takyah letak ape-ape, kan lagi senang masak gitu?
Dan aku ni sebenarnye bab makan ni amatlah tak kisah. Seingat aku, aku tak pernah rase bosan dengan makanan. Kalaulah ditakdirkan aku ade isteri suatu hari nanti, ahaks, die masak nasik putih dengan lauk telur goreng dan kicap pun dah cukup. Hari-hari pun takpe. Bertahun-tahun pun takpe. Aku jamin aku tak komplen. Hahaha. Percaya tak? Kena laa percaya. Kan ke senang gitu. Sebab tu la aku kadang-kadang tak faham bile orang komplen bosan makan benda yang sama hari-hari. Tapi bukan salah diorang kot, aku je yang ganjil. Genius laa katekan. Muahahaha.
Yer, aku memang seorang genius.
Salam.
Tekak aku masih pedih. Pagi tadi mase nak tuang Listerine dalam mulut, tetibe terlebih laju. Maka tertelanlah seteguk dua. Shoot.